Hi Assalammualaikum :)
Apa khabar semuanya? Hiihi..
Memandangkan kehamilan aku dah mencecah 5 bulan, Alhamdullilah.. So aku nak bagi tahu la serba sedikit tentang aku masa early pregnancy hari tuh..
So far, alhamdullilah masa awal kehamilan harituh aku tade lah mengalami morning sickness yang teruk.. Biasa-biasa je.. Nak kata muntah tuh tak juga, sebab aku dapat tahu yang aku pregnant pon time usia kehamilan aku 7 weeks.. Time tuh memang aku demam and pening kepala yang teramat sangat.. Huhu.. Sampai rasa nak hentak kepala kat dinding! okay itu over.. Heee :)
So bila dah demam tuh aku pergi lah klinik yang selalu aku pergi dekat area rumah aku, bila aku jumpa doctor tuh, belum apa-apa lagi doctor tuh dah perli aku, dia cakap 'tak kerja lettew hari ni' hehe.. Macam tahu-tahu jela doc ni.. Huhu.. Tapi tak terasa pon sebab doc tuh kenal sangat dah dengan aku.. *Regular patient la katakan* Hehe..
Bila aku jumpa doc, so doc tuh pon mestilah tanya sakit apakan, aku cakaplah yang aku tak sihat deman pening and etc.. Sebab time tuh rasa diri tak kena serba serbi.. Lepas tuh dengan confident-nya doc terus cakap 'pregnant lettew' Hehe.. Aku tersipu malulah time tuh, tapi dalam hati berdoa supaya betullah apa yang doctor tuh cakap..
Then doc terus suruh aku buat pregnancy test, okay untuk pengetahuan korang aku dah buat pregnancy test ni 2 kali tau kat klinik yang sama.. Aku siap cakap kat doctor tuh, saya tanak lah buat doc, takot kecewa lagi.. Then dia cakap, tape awak check dulu.. Kalau ada rezeki alhamdullilah, if tade rezeki nak buat macam mana.. Sedih aku dengar doc cakap macam tuh.. Sentap kejap.. Hehe..
Lepas je aku buat upt aku terus bagi kat doctor tuh, aku tak tengok pon sebab aku takot kecewa.. Tapi dalam hati tetap berdoa please lah doube-line.. Hehe.. Then doctor tuh cakap dengan aku, awak pregnant, tapi awak punya hasil upt ni kabur tak clear sangat.. Tapi saya yakin yang awak pregnant.. Whattt??? Time tuh aku rasa macam nak menangis.. Finally, after 2 times aku buat pregnancy test dan kali yang ketiga ni baru double line.. Bersyukur sangat-sangat time tuh..
See, inilah hasilnya.. Memang kabur, tapi doctor tuh yakin yang aku pregnant..
Then dia cakap yang aku dah pregnant 7 weeks. Dia cuma suruh aku berhati-hati, jangan buat kerja berat-berat.. Yang penting jangan stress katanya..
Walaupun doctor tuh yakin yang aku pregnant tapi aku still nak check lagi.. Disebabkan kesamaran hasil upt yang doctor tuh check.. So kali ni aku beli UPT yang digital punya, 'clear blue' tuh.. Hehe.. So bila dah guna clear blue tuh baru lah aku confident yang, yes i'm pregnant.. Huhu..
So inilah hasilnya selepas aku check upt dengan clear blue..
Alhamdullilah kali ni aku betul-betul percaya yang aku pregnant.. Hehe :) Terima Kasih Ya Allah..
Bila kandungan aku mencecah usia 4 bulan dengan gediknya aku ajaklah hubby aku pergi scan pulak.. Tatau kenapa nak sangat tengok baby dalam perut kita.. Tanya orang kalau dah 4 bulan nampak tak baby and ramai cakap dah boleh nampak, so dengan tak sabarnya aku pon ajaklah hubby aku.. Nasib dia okay je..
So bila dah scan tuh.. Ya Allah, rasa nak menitis air mata tengok makhluk ciptaan Allah SWT, dalam perut sendiri.. Rasa nak menangis, lagi-lagi bila tengok baby dalam perut bergerak-gerak, berpusing-pusing.. Comel sedih terharu semua perasaan ada time tuh..
Hehe.. Gambar atas tuh masa aku scan dia duduk macam tuh.. Maybe dia selesa kot duduk macam tuh.. Lepas doctor cakap je dengan dia terus dia bergerak, berpusing.. Lepas tuh dia baring pulak.. Huhu..
Comelnyaaa.. Ya, sesungguhnyaa aku sangat mencintai insan yang berada di dalam perutku ini..
Lepas ni tak sabar nak scan 4D, tapi still tengah survey-survey klinik mana yang murah dan okay..
Hi, ini lah kita.. See, saya gembira dan sangat gembira bila perut semakin membesar..
Tak kisah dah gemuk ke apa.. Yang penting baby sihat dan sempurna..
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah dia dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam.
Amin Ya Rabbal Al-amin.
*Mama Lovey you baby*..
Love,
Fia Aznam Roses
2 comments:
Assalamualaikum awak. bestnya baca. hehhe. awak tembamlah. comel betul. tak sabar nak scan 4D juga. hehhee. jaga diri baik2 tau (",)
Wassalam awak.. hehe.. tq tau sudi baca blog kite.. aah la kiteww tembam dan semakin tembam.. huhuhu.. kita da booked da scan utk 4D, InshaAllah Sabtu ni.. hehe.. u take care too.. @Shiela Salim
Post a Comment