Thursday, September 18, 2014

"CheckList Majlis Aqiqah & Cukur Jambul"


Hi Assalammualaikum, 


Wahh bersawang dah blog aku ni.. Kesian dia.. Maklumlah sejak ada anak ni busylah.. Hehe.. Tak terlayan dah.. Dengan anak, dengan suami lagi.. Huhu.. But i'm happy with my life.. Hehe.. :)

Actually motif aku nak berblogging ni, aku nak buat checklist untuk Majlis Aqiqah and Cukur Jambul for my lil' prince, Muhammad Firash Arryan :) Aku bukan apa, aku excited and nervous sebab first time ni nak buat kenduri untuk anak sendiri.. Haha.. 


So here the check list bebeh ;- 

Marhaban - Kalau majlis aqiqah mesti kena ada marhaban ye dokk? Hehe.. So for marhaban aku guna khidmat marhaban mak mertua aku.. So dapat lerr diskaun kot.. *Hopefully .. Huhu 

Kambing - Kambing aku dah booked awal-awal lagi.. Sebab aku takutlah full pulak nantikan.. So nak selamat booked awal.. Kambing aku dapat harga RM1200.00 okay tak? Memandangkan aku anak lelaki patutnya 2 ekor tapi aku buat sekor dulu.. InshaAllah ada rezeki buat lagi sekor.. Amin.. 

Catering/Makan-Makan - Untuk makan-makan kali ni aku tak guna khidmat catering sebabnya bagi aku bazir.. Haha.. *Padahal tade bajet.. Huahhuahua.. Aku masak reramai nanti.. Rewang kata kau.. Sebab jemputan pun dalam 200 orang je.. 

Khemah - Okay untuk khemah aku tak risau sangat sebab dekat lorong aku memang ada orang buat sewa khemah ni.. Cakap je bila.. Hehe.. Hope ayah aku dah bookkan,, Sebab sekarang musim orang kahwin.. Takut nanti khemah habis plak.. Haha.. InshaAllah dalam 2 khemah.. 

Doorgift - Untung doorgift aku dah beli dah.. Nampak tak kesemangatan aku kat situ? Haha.. Awal okay aku beli.. Hehe.. Nak tau doorgift apa aku bagi.. Next entry okay.. Huhu :) 

Baju Baby, Suami and Diri Sendiri - Okay untuk baju aku belum beli.. Sebab aku belum decide nak buat theme color apa.. Ikutkan aku ada 2 theme.. Biru-Cream and Purple-Cream.. So aku tatau nak color apa ni.. Hurmm.. *Thinking..

Candy Buffet - InshaAllah ada rezeki lebih adalah candy buffetnya.. Tapi candy buffet simple-simple jela.. Yela untuk budak-budak.. 

Kek - Okay memandangkan aku buat majlis ni same date dengan birthday hubby and aku so aku plan nak beli kek.. Konon suprise.. Hihihi.. Suprise sangat.. Birthday aku 14/11 hubby 15/11 so aku buat majlis ni 15/11. Hehe.. Confirm kena ada cake.. Celebrate sekali lah.. Dah alang-alangkan.. Huhu.. 

Photographer - Okay untuk photographer aku dah booked dah.. Awalkan aku booked? Macam aku cakap, hujung-hujung tahun ni banyak wedding so aku booked awal.. Nak lock date kata kau.. 

Buaian Berendoi - Hurmm.. Aku rasa tak perlu kot.. Sebab majlis tuh nanti anak aku dah 5 bulan.. Duduk dalam buaian tuh pon tak muat dah.. Haha.. So aku just pakai tilam but buat macam ala-ala mini pelamin la kot.. Haha :) 

Okay aku rasa ini jela kot checklistnya.. Tade apa dah kot.. Bukan majlis kahwin pon nak over-over.. Haha.. Okay.. Iolls is cannot wait.. 

Hi aunty's and uncle's nanti jemput lah ke kenduri saya ye.. 
15 November 2014.. InshaAllah.. 


Love, 
Fia Aznam Roses