Tuesday, July 26, 2011

"Aku masih seperti Dulu".

Hye. Assalammualaikum :)


Lama jugak lah tak membebel kat belog bodoh-bodoh kesayangan aku neh kan :) Hurmmm. Nak wat asyaner, sekarang malas nak menaip. Kalau menaip je, aku rasa semua ayat yang bukan-bukan akan keluar. Al-maklum lah, sekarang jiwa eden tak menentu. Hurmmm. Macam orang mati laki pon ade. Haihhh. Sabar-sabar.. -,-

Rupanya, kalau orang putus memang macam neh ehh? Aku pon tatau, sebab neh first time aku putus cinta selama 5 tahun lebih aku bercinta dengan En. Ehem-ehemm. Yang dah tau tuh mungkin tau lah, dengan siapa aku selama neh :) Kan-kan..!

Tapi aku rasa korang yang tatau maybe boleh refer balek kat entri aku yang lama-lama, sebab aku ade buat entri pasal En. Ehem-ehemm.
Walaupun aku dengan dia dah tade pape, aku jujur, dalam hati aku still ada sayang lagi kat dia, sebab bagi aku dia adalah lelaki terbaik dalam hidup aku selama 5 tahun lebih, hurmmm. Kalau die tak baik tade lah aku lama dengan dia kan. Hurmmm :(

Maybe, tade jodoh antara kami. Aku redha jela. Nak buat macam mane kan :) Aku pasrah je. Hurmmm. Jodoh di tangan Tuhan kan, kalau Allah nak panjangkan jodoh kami aku terima seadanya. Heeee -,-
Apa yang aku nak bagi tahu kat sini,

Aku harap En. Ehem-ehemm, sihat selalu, dimurahkan rezeki, dapat perempuan yang lebih baik dari aku adanya. AMIN. Walaupun aku tidak lagi bersama kamu, jangan lah lupakan I kat sini. Sebab, I sentiasa doakan yang terbaik untuk you. Kalau you perlukan pertolongan bagi lah tahu, sebab I sentiasa ade untuk you. OK.

Hurmmm :( Kalau perempuan yang dapat dia, harap jaga lah dia sebaik-baiknyaa. Sebab untuk pengetahuan korang, dia adalah lelaki terbaik. Dia sangat baik. Itu je yang aku boleh cakap. Jangan lah kecewakan hati dia.


Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku

Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain

Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu

Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku


p/s : Maafkan saya :)


Lots of Love
Fia Aznam Roses

Friday, July 22, 2011

"Di Mana JanjiMu Dulu".

Hye. Assalammualaikum :)


Dengar lagu neh, buat aku nak meraung. Huwargggggg :( :( :(



Mengapa hatimu berubah
Setelah diriku mula menyinta
Di mana janji lafaz setia
Yang pernah kau ucapkan dulu
Kekasih...

Semerah api di hatiku
Sepanas kasihku terus membara
Kau siram cinta yang menyala
Hingga kini tiada jejaknya
Oh... bisanya

Kan ku cari cahaya
Menyinari cinta kita
Kau padamkan semua
Sesat dalam kegelapan

Bertahum menanggung rindu
Seabad kasih berpadu
Setiaku tak dihatimu
Di mana janjimu yang dulu

Katamu aku kau rindu
Sehari tidak bertemu
Sedetik cuma berlalu
Hinggaku menjadi keliru
Diam membisu
 


p/s : Dear God, please give me some strength :) I LOVE YOU. <3


Lots of Love
Fia Aznam Roses

"Tape, Hari neh hari Kau".

Hye. Assalammualaikum :)


Now, aku menaip dalam keadaan tak tentu arah. Aku tengah marah sekarang neh.!!!
Tape-tape, hari neh hari kau. Kau ingat, aku tade pon nak cerita semua benda kat orang. And orang tatau pon status aku dengan kau. Tapi KAU???? Semua benda kau nak cerita kat orang. HUH. Asal??? KAU NAK MINTA SIMPATI ORANG KE? Huh. Tape-tape......
Kau nak malu kan aku lah? Kau cerita semua benda kat orang. Kau nak orang anggap aku neh perempuan jahat? Haa, perempuan yang suka main kat perasaan lelaki? Haaaa.!!

Kalau kau tak puas hati dengan aku, kau cakap depan-depan. BARU PUAS. Tayah nak cerita kat semua orang. HUH. Kau ingat tade orang cerita kat aku lah??? OK Fine. Now, kau dah puas hati dah? Ke kau tak puas lagi? Kalau kau tak puas lagi, kau cerita lah kat semua orang, kalau nak senang pergi panggil wartawan ke ape kan. Haaa, cerita, ceritaaaaaa.

Untuk pengetahuan kau lah, aku dah tade pape ngan kau pon, sebab diri kau.!! Kau yang buat aku macam neh. Kau buat aku macam hanjeng je kan. Kau ingat aku ape? Perempuan tade perasaan ke? OK Fine..... Thanks a lot. Tuh je yang boleh aku cakap kat kau. Berbanyak terima kasih lah. Lepas neh kau cerita lah lagi kat orang. Kalau boleh kau cerita luar dalam sekali. Baru puas hati, citer pon tambah hot.



Lepas neh, aku harap kau happy lah dengan apa yang kau dah buat. OK bye.


Lots of Love
Fia Aznam Roses

Tuesday, July 19, 2011

"Aku Sedang di Lamun Cinta".

Hye. Assalammualaikum ":)


Baru post entri pasal sedih baru lepas putus cinta and now dah di LAMUN CINTA. Apa kes?? Hurmmm. Bukan aku nak cakap yang aku neh baik sangat. Tapi setiap insan dalam dunia neh, mesti akan rasa apa yang aku rasa. HURMMM. Aku tahu aku bukan perempuan yang baik.
Cuma apa yang aku nak cakap, this blog is mine. So, aku akan tulis apa yang aku rasa. Aku tanak jadi hipokrit. And aku tahu mesti ada diantara korang akan cakap, 'semua benda pon nak tulis dekat belog', kan? Hurmmm. Tapi tape, aku akan tulis apa yang aku nak tulis and apa yang aku rasa.!!

Hurmmm, aku rasa sekarang aku betol-betol tengah fall in love with someone. Aku tatau kenapa perasaan tuh datang dengan pantas even aku baru kenal beberapa hari je. Haihhhh, aku betol-betol tak paham.?!
Aku tanak menafikan benda neh, aku betol-betol fall in love. Hurmmmm. Aku kenal dengan 'dia' memang lama, rumah pon tak berapa jauh je dengan rumah aku. Ohhh, I mean.. Rumah dia, dekat-dekat dengan area rumah aku. Heeee :)

Walaupon sebelom-sebelom neh, aku selalu serempak dengan dengan dekat kedai makan, tapi aku tak pernah tegur-tegur dia. Hurmmmm.
Tapi first aku nampak dia, dia dengan kawan-kawan dia, dan aku.? Hurmmm. Aku dengan ex-bf aku lah kan. That time aku still ade pacar. Heeee :) So, aku tak boleh lah nak tegur-tegur dia. Bukan sebab aku takot dengan pacar aku, but maybe aku maluuuuuuuuuuu..!!

Serious, setiap kali aku nampak dia dekat kedai makan aku akan curi-curi pandang muka dia. "nampak sangat aku gatalkan".? Hishhh, teruknya perangai..
Tapi aku tengok je muka dia, tade lah nak main-main mata kan. KAU GILA KE? Haha..~~


Continue.~~


*Nantikan sambungannya di #part two :)


Lots of Love
Fia Aznam Roses

"Semoga 'KAU' Berbahagia".

Hye. Assalammualaikum :)


Dengan ini aku redha apa yang berlaku and terjadi. Apa yang ingin aku cakapkan yang aku sekarang 'lone ranger'. Lepas neh, tade dah orang nak amek berat pasal aku lagi. Soob,soob,soob :(
Aku rasa nak menangis pon ada sambil menaip neh. Hurmmmmmm..
Dah lah, sambil menaip neh aku dengar lagu jiwang kan. Ouhhh. Tak meraung kau.!!

Hurmmm. Tapi apa pon, aku kena kuat. Sebab benda neh aku tak mintak, and tanak pon terjadi. Hurmmm. Tapi benda nak terjadi kan. Aku harus kuat. Kan. Kan. Ya Allah.. Apa yang aku dah buat neh. :(
Aku rasa aku macam jahat sangat. Aku rasa aku macam perempuan kejam. Aku rasa aku macam perempuan gatal. Aku rasa yang jahat-jahat semuanya kat aku. Kenapa neh yang aku rasa sekarang neh? Ohh. DEMMIT.

Tengok burung neh, walaupun sama color, sama bentuk. Tapi sebagai manusia, walaupun semua benda sama. HATI kita tetap lain-lain :) SEKIAN.


'Hey Fatin, bukan neh ke yang kau nak?'
Okay sudah, aku tahu aku banyak buat salah and memang ini dah takdir kita. MAAFKAN SAYA. Aku cuma cakap apa yang aku rasa sekarang neh. Hurmmmm. Aku harap lepas neh, banyak benda baik yang aku lalui. AMIN.

Ya Tuhan, aku berharap sangat.~~


Lots of Love
Fia Aznam Roses

Tuesday, July 12, 2011

"Semakin menjadi-jadi Kau ehh".

Hye. Assalammualaikum :)


Wahh, agak lama jugak lah aku tak tengok blog aku neh. Sob,Sob,Sob.... *rindu gediks neh namanya*. Haha. -,-
Sorry ye baby, mama busy lah lately. Hehe, lagi pon now mama tatau nak update apa kat blog neh
:( Sorry tau sayang.~~

Okay, jangan nak gediks sangat, aku menyampah okay. Betul kata orang, kalau kita ada sesuatu yang baru, kita akan sayang benda tuh je kan, biasalah manusia, benda baru..... Yang lama campak tepi lah. HUHU :)
Nanti bile benda yang baru dah rosak ke, buruk ke, cari balik yang lama. HUH. Tatau diuntung an.!!
Itu lah, manusia neh tak pernah puas. heheh :)

Aku bukan apa, aku sejak-sejak akhir neh, aku neh cepat touching lah, cepat sangat nak sentap. Okay, S.E.N.T.A.P.... Hurmmm. Aku pon tatau asal, maybe neh lah kot balasan kalau aku permainkan perasaan orang. Hurmmm. Now, dah terkena kat aku balik. Huwarghhh..... :(
Kalau dulu, 1st aku pakai 'dia' aku akan jarang layan kau sangat kan, and now, kau pon dah 'pakai dia', kau pon macam tak berapa nak layan aku an.!! Hurmmmm. Tapelah.... Aku redha.

continue .~~


Lots of Love
Fia Aznam Roses

Thursday, July 07, 2011

"BRO,KASI KRITIK BLOG GUA SKIT,BLEH ?"

Hye. Assalammualaikum :)


Selamat Petang, walaupun dah petang aku tetap nak join segmen Abang Ben neh. Yela aku kan online kat office je. So, dekat rumah memang tade makne nya lah aku nak berbloggingkan. Sob, sob, sob :(
Dahh, jangan nak sedih sangat lah kan.


Okaylah, cakap pasal segmen kali neh, nak lerr aku bagitahu, yang aku neh still baru lagi dalam dunia berblogging. Heeee :) Bak kata orang, BUDAKKKK lagi dalam dunia berblogging neh.
Yela, asal aku buat blog neh pon sebab dulu aku suka lah bukak blog-blog orang baca kan. Heheh. Senang cakap, aku suka 'stalker' blog orang dulu. Huhu.
Tapi sampai bila aku nak baca blog orang kan. So, dalam bulan December 2010, baru aku start blogging neh. Hehe. Maknanya baru lagi aku berblogging, dalam 6 bulan lah.


Banyak benda yang harus aku belajar lagi. Dan maybe aku kena belajar dengan otai-otai kot. Macam Abang Ben kita neh. Phewiittt. Heheheheh :)


Soo, korang jangan lah malu dan segan untuk komen blog hodoh ala-ala cute neh ye. Kalau ada salah atau silap, harap ajari saya.


"BRO,KASI KRITIK BLOG GUA SKIT,BLEH ?"


Kalau korang nak join meh sini rapat-rapat, BEN ASHAARI .


Buah cempak di luar pagar,
Saya budak baru belajar,
Kalau rasa nak kritik boleh saja.
HAHAHAHAHA. ~~ *tade kena mengena langsungkan?*


Kbai, Salam


Lots of Love
Fia Aznam Roses

Wednesday, July 06, 2011

Tuesday, July 05, 2011

"I am Busywoman".

Hye. Assalammualaikum :)


Selamat petang semuanyaa. Bestnya kalau petang-petang neh dapat makan cekodok ke, goreng pisang ke, onde-onde ke, dengan air kopi 'o' panas. Gulppp... Lapar lah pulakkkkkk..!!
Sejuk-sejuk kat office neh, membuat kan perut aku berkeroncong, macam ade konsert Metallica pulak dalam perut neh. Erkkk? Heheh :)
Tulah, tadi berlagak, tanak makan lunch. Diet lah konon? Now, dah lapar tahap tenuk nak beranak. Grrr.. Sakit boleh tahan, lapar tak boleh tahan wehhh. Hahah. Ya Allah, lapar giler dah neh. Hurmmmm. Nak makan apa kat office neh, apa pon tade. Haihhh, APA PON TAK BOLEH LAH -,-
Sebenarnya, sekarang aku tengah curi-curi berblogging, Kalau nak tahu hari neh aku busy gegiler. Grrr...!! Nasib baik lah tak tension kan. HUHU :)


Lots of Love
Fia Aznam Roses

"Body Combat was Fucking Tired".

Hye. Assalammualaikum :)


Selamat Pagi. Hari kedua dalam minggu neh. So that's mean its a Tuesday :) Hurmmm. Alhamdullilah, Tuhan masih memberi aku kehidupan. Thanks God -,-


Seperti yang korang tahu, aku neh join gym, dekat TrueFitness yang kat Kenanga Building tuh. Hehehe :) Kalau korang nak tahu sejak aku join gym dekat situ, aku tak pernah join class tau. Tak pernah langsung. Sebab aku asek dengan trainer aku je. HAHA.
Yela, kalau datang gym je, mesti abang badan ketak-ketak je yang 'train aku. So, tak berpeluang lah nak join class. Huhuh :)


So, for the first time in my life, cehhhhhh.... Hahah.~~
Semalam aku join class tauuu. Wahhhh.. Tak pernah-pernah okay. Semalam dalam hidup aku, aku join class, first ingat nak buat cycling and cardio je. Tapi, setelah di paksa oleh kakak yang aku rapat dekat gym tuh, aku pon terpaksa ler join class. HUHU :)
Kebetulan abang trainer semalam ada client lain. Aku pon try ler join class.


Mula-mula aku ingat, class yang macam dance-dance neh, aku suka lah kan, tapi kakak tuh cakap 'ini class body combat', so aku tanya lah dia 'body combat tuh macam mana? senang tak?' Haha, haaa, SEE, nampak sangat aku tak pernah amek tau pasal-pasal classes neh. Huhuh :) 
Masa dah start tuh, aku agak kelam kabut gak lah, sebab aku tatau kan. Lambat pickup. HAHAHA.!!
Tapi aku belasah je, lantak lah.


And...................................


Paling aku tak suka is......... Body combat neh, pergerakan dia cepat sangat. Semput-semput aku, nak termuntah pon ada time tuh. HAHAHA.~~
Yelaaa, penat okayy. Korang patut try. Huhuhu :) Class dia memang best. Cuma penat sesangat. Aku rasa nak pitam time aku buat tuh, da lah, trainer-trainer kat sana semua tengok aku. Lagi-lagi trainer aku, dia skodeng kot. MALUUU TAUKK. Hohoho. Al-maklum lah, aku kan peramah, HAHAHA. So, dekat sana aku rapat dengan trainer-trainer kat sana. Dorang pon suka kacau and buli-buli aku. Heeee :) *Poyo, bajet hot lah kau, Fatin?* Blueksss.!!


So, lepas je habis class body combat tuh, aku terus terbaring. Memang betul-betul penat. Grrr. Sampai sekarang kaki tangan semuanya sakit. Heheh :)
Yela, maybe first time kan. Lama-lama nanti okay lah kot. Tapi class dia memang enjoy. Huhuh :) Cikgu dia memang garanggggg.... Jerit aje. Huhuhu -,-
Lepas neh boleh lah join class lain, sebab join class neh happening. Enjoy. HAHAH.~~



Haaaaa, semputttt..... semputttt lagiiii.............................. HOHOHO..


p/s : Teringin nak join class yoga :) Peace.


Kbai, salam :)


Lots of Love
Fia Aznam Roses

Monday, July 04, 2011

"Yes, kali neh memang aku tengah marah".

Hye. Assalammualaikum :)


Tengok title kat atas tuh, mesti korang ingat aku neh garangkan? Rileks sebenarnya tade lah garang mana pon. Biasa-biasa je. Manja-manja gitew. HOHO.. Erkkk?
Aku bukan apa, kadang-kadang mood aku neh okay, kadang-kadang tak. Hurmm, biasalah perempuan kan, ada masa okayyyy... Ada masa memang tak okay lah kan. Heheheh :) Paham-paham sudah. Hurmmm. ~~


Now, aku nak bagi tau sikit, aku neh memang jenis yang tak sabar orang nya. Seperti yang korang tahu, aku boleh dikatakan cepat moody.. Hurmmm, aku pon kadang-kadang tak paham gak, asal aku neh cepat sangat nak moody.! Haihhh. Lagi satu, aku jenis tak suka orang tanya banyak-banyak kali soklan, sebabbbbbbbbbbbbbbbbbb....
AKU MEMANG TAK SUKA NAK JAWAB BANYAK-BANYAK KALI.!!!!!! Korang paham tak? Kalau paham BAGUS...


Bukan apa, korang pon tahu kan, aku kerja sebagai apa? Hurmmm. Kalau yang dah tahu tuh bagus lah. Sebab aku tanak bagi tahu banyak-banyak kali. Seperti yang korang tahu aku macam mana.
Aku bengang kalau orang yang call neh, suka sangat tanya banyak-banyak soklan. Aku tahu itu memang kerja aku, tapi jangan lah call asek tanya benda yang sama je. Siapa yang tak menyirapkan kalau macam tuh. HUHH...!!


Neh ada lagi satu client neh, boleh dia tanya, nak turun ikut apa? Kau panas tak kalau macam tuh? HUH. Kalau floor office aku tingkat 1, kau nak turun ikut tangga pon tape. Neh office aku tingkat 21 okay. Takan kau nak turun ikut tangga pulak? KAN..!!
Haihhh, dah tentu-tentu lah turun ikut LIFT..LIFT..LIFT okay. Ohmakaihh, sabar jela.
Nasib baik lah aku penyabar sangat-sangat orangnya. HUH. Blueksss.



Aku tengah marah neh. tengok muka aku neh.!!
Aku kalau buat muka cmni comeii tak? Huhuh.. Mesti comeii giler kan? HAHAH..


Okay-okay, dah nak balik neh, apa lagi... Touch-up sikit-sikit, pakai bedak sikit, lip gloss sikit, kemas meja bagi clear semua atas meja, then pergi toilet, tade lah jap lagi dalam train time-time tuh nak rasa terkencing lah, terberak lah kan. Kan.


Kbai, salam.~~


p/s : MOTS, kalau tengah marah, senang je nak hilang kan kemarahan tuh. Nak tahu ke, macam mana? Hurmm. Senang je, pergi sembahyang. Confirmmm. Kita akan jadi lebih sabar orangnya :)


Lots of Love
Fia Aznam Roses 

"My Wedding Dream".

Hye. Assalammualaikum :)


Setiap manusia, mengimpikan suasana perkahwinan yang best-best kan, kalau boleh nak yang gempak-gempak. HUH. Betol tak? Tayah tipu lah.
Kalau boleh semua benda nak yang mahal-mahal. *HUH lagi. Yela, baru lah orang pandangkan. And mesti lah nak jadi buah mulut orangkan. Heeee :) BANGGA lah konon?


Seperti yang korang tahu, kalau pergi wedding je, tak mengata tak sah kan? Haaaa, betol ke tidak? Betol kan? Hurmmm. Okay, sila setuju dengan saya.
As a human kan, korang mesti pernah mengata, lauk kurengggg lah, baju pengantin tak berapa nak 'ngammmmmmmmmm arhh. Kan-kan? Jangan tipu okay. Saya tahu lah. Paling tak pon. 'Ohhh, pengantin laki handsome, pengantin perempuan cantik' atau sebaliknya. Hurmmm. Biasalah, manusiakan. Mana boleh tengok orang lebih. ~~


Okay, back to the real entry....................
Cakap pasal 'Wedding Dream' neh, macam-macam sebenarnya ada dalam kepala hotak neh. Kalau boleh nak kahwin dengan orang kaya kan. HAHA. Baru lah hajat-hajat nak kahwin ala-ala puteri raja termakbul kan. HUHU. Masalah nya tade orang kaya nak kat aku. Eeeeeeeee.. Perasannyaaa kan. Menyampah dengan diri sendiri. HAHAHAHAHAH.~~


Hurmmm. Cakap pasal kahwin neh, ramai yang nak kahwin ala-ala cinderella lah, princess lah kan. Betol tak? Termasuk jugak lah dengan aku yang kaki perasan neh. Haaaa..~~
Untuk pengetahuan korang, aku pernah lah ada angan-angan nak kahwin ala-ala princess gitewww.!! Eeuwwww. Nyampahh. Yela, sekadar angan-angan kan. Tak salah kalau ada angan-angan tinggi menlangit. HUHU.


Dah lah, malas nak perasan lebih-lebih, karang korang bosan pulak kan. Hehehe :) Sebenarnya, aku nak lerw bagi tahu kan, aku neh kalau nak kahwin aku teringin nak kahwin kat tepi pantaiiiiii.
Awww. Shoooo Shweetttt.. Romantik gitewww kan. Huhuhuh :)
Eeeee, gediknyaaaa. Tapi, seriouslah... Aku memang teringin nak kahwin kat tepi pantai.




Cer tengok, romantikkan kahwin kt tepi pantai. Auwww :) Suka sangat..


Lots of Love
Fia Aznam Roses

"Novel #1 - Antara Benci dan Rindu".

Hye. Assalammualaikum :)


Selamat Pagi. Sepeti biasa Isnin? Hurmm. Memang aku malas kalau hari Isnin datang. Haihh, lah Isnin kenapa kau cepat sangat datang? Hurmmm.!! Aku tak cukup tidur kau taukk..


Seperti yang korang tahu, aku neh memang kaki novel. Heeee ":) Al-maklum lah, aku kan Miss Novela. HAHA. Weksss. Aku rasa nak hantuk kepala sendiri kat dinding. Hehehe :) 
Yela, kalau korang tak percaya sila lihat neh NOVEL. Haaa, itu adalah collection's aku yang paling aku sayang.


Seperti yang korang tahukan, kalau novel-novel neh, tajuk dia mesti nak jiwang giler-giler kan. Heee :) Untuk pengetahuan korang, lagi jiwang lagi aku suka. Huhuh -,-
Okaylah, sebenarnya aku nak bagi tahu kat korang, semalam aku ada beli satu novel neh. Korang nak tahu ke tajuk novel yang aku beli tuh? HAHA.
Ohh, lupa pulak, korang dah tahu dah rupanyaaaa. Heeee, okay-okaylah tajuk novel tuh is 'Antara Benci dan Rindu'. Haaa, see? Tengok tajuk pon mesti korang terberakkan? HUHU.......



Sinopsis :)


Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.

Demi menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?

Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.
Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.

Dia berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.

 
**********************
 
Untuk pengetahuan koranglah, baca novel neh, best ouchh. Layan perasaan kot. HUHUH :)


p/s : Tak sabar nak tengok filem 'Ombak Rindu', mesti bestkan. Meletup-letup macam drama Nora Elena :) Heeee, lago-lagi hero dia Aaron Aziz -,- Huhuhuh ~~


Lots of Love
Fia Aznam Roses

"Dari masa ke semasa".

Hye. Assalammualaikum :)


Kalau korang perasan, sekarang neh style-style atau pon fashion sekarang neh, hebat-hebat belaka kan? Betul tak? Yela, budak-budak sekolah, bukan sekolah menengah je, sekolah rendah pon dress-up dah mengalahkan orang besar, mengalahkan artis youuu. 'Classss, kau Maria'. HAHAH. Kan.! Hurmm, mungkin salah satu sebab ialah terikut-ikut dengan budaya luar. I mean terikut dengan fashion negara luar.


Yela, apa yang korang tahu, dan semua orang pon tahu, dunia neh berputar. Kalau zaman 60-an, fashion dia lain, 70-an fashion lain kan. Dan selepas-selepas tuh. Heeee .... Setiap zaman lain-lain fashion kan. Apa yang dulu-dulu punya style, sekarang dah keluar balik. Betul tak?
Yela, kalau dulu pakai spek mata belalang, sekarang dah keluar balik, kalau dulu pakai beg ala-ala nak pergi pantai, sekarang pon ada jugak. Cuma design dia je mengikut per-edaran masa. Bak kata orang up-to-date giteww. Heheh :)


Kalau korang nak tahu lah, aku neh kadang-kadang pelik tengok budak-budak sekarang neh, dorang lagi advance dari aku. HAHA. Aku neh, umur je tua, tapi 'pangai', still lagi macam budak-budak.
HUHU -,-
Budak yang bawah umur aku pon lagi matured dari aku. Hurmmmm. Aku sebenarnya, suka ber-fashion, tapi kadang-kadang aku punya pakaian tuh, aku ikut 'dan aku je. Nak pakai apa, aku pakai je, sampai kedang-kadang aku pakai tak kena gaya. HAHA. 'Wa, nak pakai apa, ikut hati gua'.


Aku nak pakai apa, aku pakai je, aku pernah pakai seluar pendek color merah, baju color hijau. HAHA. Korang berani? Heheh. Aku kadang-kadang ikut kepala aku je. Ade sekali tuh, aku pakai sandal corak harimau bintang dengan dress.!! Haha. Peliks je aku rasa. Tapi nak buat macam mana. Aku slumber je. Padahal dalam hati, berbisik.. 'Asal semua orang pandang aku'. HAHA. Cantik ke? Huwargghhh. OHHH, TIDAK SAMA SEKALI. Aku suka perasan kan. Heeee -,- PEACE..


Aku tahu, aku tak berapa nak cantik and tak berapa nak kurus kan, so aku tahu siapa diri aku, aku tak akan pakai yang terlampau sexy atau terlampau muslimah. Heeee :)
Memandangkan aku neh dah masuk alam 20-an, Heee.~~ 'alahai, dah tua dah aku, tak sangka cepat je masa berlalu kan'. Aku akan cuba jadi yang terbaik untuk diri sendiri, aku tanak aku pakai sesuatu benda disebabkan orang. So, better be yourselfkan.


Jangan pulak korang depan family baik je, belakang family. Haihh. Segala-segala nak dibukaknya. Heeeee -,- 'Aku cakap macam neh, tade maksud nak perli sesiapa. Aku cuma mengingatkan. Lagipun kalau korang nak pakai apa, korang pakai je dari sekarang. Nanti kalau korang dah tua, tade lah terhengeh-hengeh nak pakai macam tuh........ 'Korang tahu apa yang aku maksudkan', KAN..KAN..!!




Motif gambar? Haaa, tade pape. Saja nak menggedik show off -,-
BLUEKSS ~~


Lots of Love
Fia Aznam Roses

Friday, July 01, 2011

"-,,-"

Hye. Assalammualaikum semua :)

~ HAPPY WEEKEND AND HAVE A GOOD DAY ~


Lots of Love
Fia Aznam Roses

"A.B.C.D.E.F.G.?"

Hye. Assalammualaikum :)


Haaaa, tengok tajuk mesti korang ingat aku budak-budak yang baru nak belajar ABC kan? Tade lah, jangan salah paham pulak. Saje je bagi tajuk tuh, sebab nak tunjuk satu benda...
Haahaaaaa -,- Nak nengok tak? Huhuh :D



HAHA. To boys out there, sila jangan marah okay. Heeee :) Peace yaww.~~


Lots of Love
Fia Aznam Roses

"GEGAR BLOG JULAI 2011".

Hye. Assalammualaikum :)



Aku kalau Abg Ben neh buat apa je. Aku akan sedaya upaya untuk join. Sebab? Haha. Sebab aku saja nak join. HAHA. Yela, bagi aku, Abg Ben je rajin buat-buat contest ke apa macam neh. Macam best je kan. Dengan masa yang sama boleh laga-laga hidung dengan Bloggers lain jugak. Heeee :)

Kalau nak join, mari lah join sini. Nah KLIK link neh. -,-


Lots of Love
Fia Aznam Roses

"Review - SEKALI LAGI".

Hye. Assalammualaikum :)


Dengan berakhirnya Jun dan bermulanya Julai. Dengan hari Jumaat yang mulia ini.... Cehhhhh, dah macam sasterawati negara dah aku rasa. HAHA.
Okaylah, memandangkan semalam aku p nengok wayang citer 'Sekali Lagi', aku nak ler kongsi kan sikit cerita tuh macam mana. Hahahahhahaha :) 


For me cerita neh okaylah. NOT BAD. Yela kalau korang nak tahu, dalam filem neh kan, Shaheizy Sam jadi budak terencat akal. Heee. 'Aku rasa dia comel giler dalam cerita neh'. HAKHAKHAK. Tapi, apa yang tak bestnya. Ending dia lah. Yela, time dekat poster bagai hero and heroin Lisa Surihani and Sam kan. Tapi ending, Lisa kahwin dengan orang lain.......... Orang Lain??? Haaa, kalau nak tahu siapa, pergi lah tengok ye. Haha.!!




Sinopsis


Sekali Lagi” menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.

Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.

Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.

Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.


****************************************

p/s : Sokonglah filem melayu. Martabatkan lah filem melayu. Bahasa Jiwa Bangsa :)


Lots of Love
Fia Aznam Roses

"Tak dapat tengok Transformers, Sekali Lagi pon jadiLah".

Hye. Assalammualaikum :)


Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia.
Dengan berakhirnya Jun. So, say Hello to July. Hope July can make me happy :) Heeeee.


Sebenarnya, nak bagi tahu. Semalam kan Khamis. Ada apa dengan Khamis? Haaaa, jangan asal Khamis je mesti nak pikir bukan-bukan kan. Yela, tahu lah malam Khamis malam Jumaatkan. Bak kata orang malam sunat. Heee :) Erkkkkk.. Tahu aje aku neh kan. Huhu -,- 
Haha. Biasalah, aku kalau bab-bab macam neh memang aku terror. HAHAHA.!! Gatalkan....~~


Okaylah. Aku nak bagi tahu, sekarang neh Transformers fever kan. Yela, nak tengok Transformers macam pergi tengok bola. Ramai nak mati orang. Semua full. Hurmmm, sabar jela. Nasib baik lah aku penyabar orangnya. Huhu. Ohh, itu tipu. Kalau nak tahu aku rakus orangnya. HAHA. Rakus ke? Ehh, jap... Rakus tuh apa ekk? Tatau lah. Bluekss.!! Dahlah. Stop melalut. Cenggini sebenarnya........


Semalam, plan nak pergi gym, 'sebelum tuh sila muntah darah'. Heee "___"
Yela, plan je nak pergi gym. Tapi bila dengar ada orang nak belanja nengok wayang, terus tak jadi pergi gym. HAHA. Macam tuh lah perangai aku ye. PENDIRIAN TAK TETAP namanya :) Kesian trainer aku call banyak kali. Hukhukhukk... 'Maaf abang badan ketak-ketak'. Saya tak datang gym. Haihhh, macam mana lah nak kuruskan kalau pangai macam neh. Hurmmmm. OKAY FATIN...!! Sila ubah perangai anda ya. 'Kata nak kuruskan, raya nak dekat neh'. -,-


Ok dah, macam neh, sebenarnya semalam ada orang lanje saya nengok wayang. Ingat nak nengok Transformers. Yela, sekarang neh kan musim Transfomers. Tapi....... Macam yang aku cakap, FULL.... Kalau ade pon tengah malam seat depan sekali, kalau nak tengok kena mendongak. Ahh, memang tak lah nak tengok kan. Tengah malam pulak tuh, lepas tuh seat depan sekali. Ahh, tamao lah tengok. Dah lah esok tuh kerja. KAN....


Last-last.............................
Haha, Tak dapat tengok Transformers, tengok filem Sekali Lagi lakonan buahhati aku lah, siapa lagi kalau bukan Shaheizy Sam dengan Lisa Surihani dan budak kecik yang tomei-tomeii, Mia Sarah Nasuha, pon jadilah. Heheh -,-
Cerita tuh boleh tahan lah, ada part sedih, part yang ala-ala comel gitew. HAHA. Tanak citer panjang-panjang, kalau nak tahu pergi lah tengok. Hehehe :)




Okay, kalau tade gambar berupa syok sendiri memang tak sah. Hahah.!!
Comel tak? Tak kan, Hurmmm...... Tapelah. Wa touching neh. HAHAHA.~~


Lots of Love
Fia Aznam Roses