Powered By Blogger

Monday, July 04, 2011

"Novel #1 - Antara Benci dan Rindu".

Hye. Assalammualaikum :)


Selamat Pagi. Sepeti biasa Isnin? Hurmm. Memang aku malas kalau hari Isnin datang. Haihh, lah Isnin kenapa kau cepat sangat datang? Hurmmm.!! Aku tak cukup tidur kau taukk..


Seperti yang korang tahu, aku neh memang kaki novel. Heeee ":) Al-maklum lah, aku kan Miss Novela. HAHA. Weksss. Aku rasa nak hantuk kepala sendiri kat dinding. Hehehe :) 
Yela, kalau korang tak percaya sila lihat neh NOVEL. Haaa, itu adalah collection's aku yang paling aku sayang.


Seperti yang korang tahukan, kalau novel-novel neh, tajuk dia mesti nak jiwang giler-giler kan. Heee :) Untuk pengetahuan korang, lagi jiwang lagi aku suka. Huhuh -,-
Okaylah, sebenarnya aku nak bagi tahu kat korang, semalam aku ada beli satu novel neh. Korang nak tahu ke tajuk novel yang aku beli tuh? HAHA.
Ohh, lupa pulak, korang dah tahu dah rupanyaaaa. Heeee, okay-okaylah tajuk novel tuh is 'Antara Benci dan Rindu'. Haaa, see? Tengok tajuk pon mesti korang terberakkan? HUHU.......



Sinopsis :)


Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.

Demi menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?

Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.
Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.

Dia berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.

 
**********************
 
Untuk pengetahuan koranglah, baca novel neh, best ouchh. Layan perasaan kot. HUHUH :)


p/s : Tak sabar nak tengok filem 'Ombak Rindu', mesti bestkan. Meletup-letup macam drama Nora Elena :) Heeee, lago-lagi hero dia Aaron Aziz -,- Huhuhuh ~~


Lots of Love
Fia Aznam Roses

No comments: