Powered By Blogger

Wednesday, January 26, 2011

"Kecantikan seorang Perempuan".!

Hye, Assalammualaikum.

Hallu, selamat pagi semuanya. OKAY, entri? Dah baca ke title kat atas tuh? "Kecantikan seorang Perempuan".! Kenapa dengan entri kali neh? Ermm. Tarapa. Saja je nak tulis pasal KECANTIKAN. Sebab i memang suka tengok benda-benda yang cantik, perempuan yang cantik. Semua pun cantikla. Memang suka sangat. Huhuh "___"

OKAY. disini saya nak menge-SHARE sikit pasal 'Kecantikan seorang Perempuan'.

********************

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat  menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya…..

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.



p/s : Sebagai seorang perempuan, HARUSLAH pandai menjaga diri. Cantik diLUAR cantik juga diDALAM.


Anak itik katik,
Anak orang cantik-cantik semuanya.
Hhahaha.


Yang ikhlas lagi cantik
Fia Aznam Roses

No comments: