Powered By Blogger

Monday, December 05, 2011

"Movie - Ombak Rindu".

Hi.. Assalammualaikum :)


Selamat Pagi Isnin.. Errr.! Tak suka Isnin.. Boring.. Kenapa harus ada hari Isnin neh? Huh.. Tapi if tade hari Isnin, terus hari Selasa, mesti benci dengan hari Selasa kan.. Hurmm #Lumrah.. Manusia memang macam neh..
Yang penting sekarang memang sangat mengantuk dan MALAS.! Penyakit malas tuh mesti kena ada ye..

Lagi satu mengantuk sebab, semalam pergi berjimba-jimba bersama tersayang.. Weee ~~
Tapi tade lah berjimba-jimba sangat.. Biasa-biasa je.. Huhu.. Sebenarnya, semalam pergi tengok wayang bersama kekasih hati..


Sepeti yang korang tahu, sekarang neh demam Ombak Rindu.. Kalau korang tak percaya.. Sudah.! Tapi betul lah.. Semalam pergi Times Square, giler full okay.. datang pukul 2.30pm nak tengok pukul 4.40 punya tayangan full.!! FULL tau.. Padahal belom pukul 3.00pm lagi kiteorang dah beratur nak beli tiket.. Sampai kaunter dorang cakap pukul 4.40pm punya tayangan full.. Then, nak tengok pukul 7.00pm pun hampir full.. Sebab tinggal seat yang depan-depan je.. Memang tak lah kan nak tengok dok depan-depan.. Mau patah tengkuk den.. Heeee -,-"

Last-last kiteorang lari jap, patah balik pergi kat Leisure Mall.. Hurmmm.. Leisure Mall je :(
Sebab situ je yang ta berapa ramai orang sangat.. Kiteorang tengok pukul 5.00pm.. Nasib dapat seat yang cantek.. Sebab tak belakang sangat, tak depan sangat.. Nice lah.. Hehe..

Cakap pasal Ombak Rindu neh, sesuai ye tengok bersama orang yang punya perasaan.. Kalau boleh tengok dengan kekasih hati masing-masing.. Haha.. Sebab kalau tengok dengan orang yang tade perasaan memang susah lah nak feeling.. Huhu..
Menangis jugak lah tengok cerita neh.. Sentap okay!! Part sedih time Aaron Aziz nangis.. Auwww -,-", I pon turut menangis.. HAHA :) Wekss..



Sinopsis :) 

*****************************

Sinopsis Ombak Rindu:- filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.



Lots of Love
Fia Aznam Roses

No comments: