Hye. Selamat Pagi dan Assalammualaikum. ":)
Entry kali ini? Cuba teka? Hhaha.!! Tade la gurau je. Well, i kan suka bergurau. Mesra alam gitu. Huhuh ":) Bukan apa, entry kali ini i nak bagi tau bout MOVIE okay, ala cerita baru arahan Shamsul Yusof yang hemsem tuh, anak Yusof Haslam. Heeee :) Suka tengok die. Kacak jea. Awww!! Gatal sungguh mu neh Fatin. Ahakss.
OK, daaa jangan nak gatal sangat, berbalik kepada title di atas, I ingat nak pergi la tengok cerita tuh kan, cerita tuh akan ditayangkan pada hari neh la, 13/01/2011, tengok die punya making macam syok-syok, serammm jea. Itu adalah first filem seram arahan Shamsul kan? So, nak ler tengok. Citer seram die. Sebab sebelum-sebelum neh kan die suka buat filem ala-ala romantik, lasak. Contohnya, Bohsia la, KL Drift la. Huhuhu ":)
Filem Khurafat neh, dibintangi oleh Pengarahnya sendiri, Huhuh. Sapa lagi kalau bukan Shamsul Yusof loll, Die HERO dalam citer neh. Selain die, Liyana Jasmay, Sabrina Ali dan ramai lagi la. Hahhaa. *I belum tengok lagi, sooo i tatau la sapa lagi pelakon-pelakon lain*.!! Heeee......
Plot cerita,
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ... ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini... Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?
Cuba tengok official trailer neh, macam seram jea kan. Ermmm. Macam tak sabar jea nak tengok mesti best. Mana tau la kan citer neh boleh buat Shamsul menang lagi untuk Pengarah terbaik kan. Huhuhuh :)
Jum la ramai-ramai sokong cerita melayu. Martabatkan la cerita-cerita kita. Jangan nak bangga sangat dengan cerita-cerita luar. OK. Hahaha *macam good-good jea kan*.
Bahasa jiwa Bangsa ":)
Yang tak sabar-sabar
Fia Aznam Roses
No comments:
Post a Comment