Powered By Blogger

Friday, January 14, 2011

"Mata kiri ku berkelip-kelip".!

Hye, Assalammualaikum

Kenapa la hari neh, mata kiri i asek nak berkelip-kelip, berkedip-kedip, kenapa ehh? Ermmm.!! Ada apa-apa petanda ke? Aduhh, i pun tatau la. Rasa tension and lain jea. Sebab mata neh asek nak kelip-kelip. KENAPA, WHY? Hurmmm...

Ohhh Goshh, Help me..!!!

Adakah ini 1 petanda yang baik atau tak baik,ermmmm. atau adakah ke i akan menangis???
Itu tatau la pulak. Apa pun banyak-banyak la berdoa supaya tiada apa yang akan berlaku. Tapi dalam hati tetap risau. Tapi i dengar lah kan, orang cakap kalau mata kanan bergerak-gerak maksudnya Nak jumpa orang jauh and mata kiri pulak nak menangis?? Betul ke? Ermmmm.!!
Itu i tak pasti la pulak. Pe pun tunggu and lihat jela, apa yang akan terjadi. Doa-doa la benda yang baik yea. AMINN :)

Kat sini i ada sikit info yang i nak share dengan you'll. :)

***************************************************

Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Lantas, mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali.

Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata. Memandangkan mata merupakan antara anggota tubuh yang penting, orang Melayu mempunyai banyak firasat tentang pergerakkan pada keliling mata serta penglihatan mata yang berkunang-kunang.

Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Hanya yang pasti orang-orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalaman mereka.

Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.

Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.

Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.

Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.

Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.

Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.

Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN

Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.

8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.

10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.

12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.

4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.

6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.

8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.

10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil

2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.


MATA KIRI

Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;


6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.

2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.

4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.

8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.

10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.

2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat  firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.

Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Bibir bawah bergerak – akan menangis.

Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.

Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.

Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.

Tangan Kiri gatal – nak buang duit.

Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih
mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…

Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita semata-mata.


Itu la sedikit info yang i boleh share dengan you'll, nak percaya atau tak terpulang la. Ermmmm. Pe pon harap benda yang baik-baik jela. k.


Yang ikhlas lagi inginkan kepastian
Fia Aznam Roses

No comments: