Powered By Blogger

Tuesday, September 27, 2011

"Bini-Biniku Gangster".

Hi. Assalamualaikum :)


Petang semua..
Di petang-petang Selasa neh, yang sejuk-sejuk kat office neh, rasa nak terkencing dari tadi.. Tapi ku tahan je, sebab ada client depan neh, tak boleh nak berganjak okay.. BODOH betul, hujung-hujung dah neh.. HAHA..
Tahan Fatin, tahan jap je.. HEHE.. ~~

Okay dah sudah.. Tuh mukadimah je pada petang Selasa neh, sebenarnya aku nak story morry sikit pasal movie baru.. Hehe :)
Tahu ke movie apa? Of course lah korang mesti tahu kan.. Citer apa lagi kalau bukan

"BINI-BINIKU GANGSTER".

Untuk pengetahuan korang, last Saturday hari tuh, aku pergi tengok cerita tuh, HAHA.. Memang kelakar lah cerita neh.. Tapi, aku suka Yana Samsudin punya lakonan dalam neh.. Best tengok die.. Nampak macam berkesan lah dia bawak watak neh, kalau nak di-ikutkan..
Hurmmm.. Untuk watak Sam pulak, yang korang semua tahu, die memang kelakar kan.. So, dalam movie neh pon watak die kelakar.. Heee -,-


Sinopsis :)

Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan  Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka. Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang. Manja di mata Herry seorang surirumah yang rajin dan pandai melayan suami.
Ada satu rahsia yang tak diketahui oleh Herry, Manja rupanya menyembunyikan identitinya sebagai Ketua Kumpulan Gangster. Di pejabat , Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya.
Walaupun dah 2 tahun Herry dan Manja bernikah, namun mereka tak dapat anak , sebab Manja mengalami kecederaan di perut pasa masa lepas. Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencari seorang wanita lain untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry. Baik betul Manja :)
Lagi satu ageda Manja untuk mengahwinkan Herry ialah kerena nak mengalihkan perhatian Herry kepada urusan lain, kerana Manja semakin sibuk setelah dijadikan Ketua Kawasan, dan kawasannya telah diganggu oleh Min Siam.
Manja melamar Reanna ( Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Ada satu lagi rahsia, Reanna rupanya seorang gangster jugak dan mempunyai agenda tersendiri.
Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.


Sesapa yang belom tengok cerita neh, pergi lah tengok.. Tak rugi pon, sebab cerita die boleh tahan.. Support lah cerita-cerita keluaran Malaysia.. Hehe ":)


p/s : Cepatlah pukul 6, tak sabar nak balik dah neh, asek nak terkencing je.. Hehehe :)


Lots of Love 
Fia Aznam Roses

No comments: