Hye.. Assalammualaikum :)
Cakap pasal kawen neh, semua orang pon sukakan, termasuk lah aku yang gediks dan gatal neh.. Yela, sape yang tak suka kawen kan.. Tipu lettew kalau ade orang cakap yang die tak suka kawen.. Meh sini aku nak babap mulut dia.. HAHA..
Okay lah, sebenarnya sekarang neh ramai kawan-kawan aku yang dah pun kawen, tunang dan ada yang dah jadi mak bapak orang pon.. Heee -,-
Aku happy untuk dorang semua.. Yela, sape yang tak happy bile tengok kawan-kawan dah kawen, dah tunangkan.. Or yang dah dirisik.. Sukaa ouhh.. Walaupun dalam hati ada sikit perasaan cemburukan.. HOHO..
Ohhh, sape yang tak jealouskan, bile tengok kawan-kawan dah ade true relationship, I mean yang dah ade ikatan lah.. Hurmmm... SUMPAH JEALOUS.. :(
Tapi sebanarnya, jealous sangat pon tak boleh kan.. Itu namanyaa JODOH AKU BELOM SAMPAI..
Sob.. Sob..Sob.. -,- Hehe..
***************************************************************************
Cer tengok mata biru I tuh? HAHA.. Tuh mata mengundang tuh.. Heeee :)
Ada maksud tersirat disebalik mata tuh.. HOHO..
Senyum tak perlu kata apa-apa..!! Jodoh belom sampai.. SO SMILEEE.~~~
OH NO...!!!! Hahahah :)
Okay, atas neh semua muka mengundang.. HAHA :)
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Ruum: 30).
Islam telah menjadikan ikatan perkahwinan yang sah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai satu-satunya sarana untuk memenuhi tuntutan naluri manusia yang sangat asasi, dan sarana untuk membina keluarga yang Islami. Penghargaan Islam terhadap ikatan perkahwinan besar sekali, sampai-sampai ikatan itu ditetapkan sebanding dengan separuh agama. Anas bin Malik radliyallahu 'anhu berkata: "Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:
"Ertinya: Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi". (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim).
Walaupun, Islam mengharuskan perkahwinan, jangan lah ada unsur-unsur yang dilarang oleh Allah bagi menjamin keberkatan dalam sesebuah perkahwinan. Dalam sebuah perkahwinan, keberkatan itu adalah amat penting bagi menjamin kebahagian sesebuah perkahwinan. Antara unsur-unsur yang dilarang oleh Allah yang saya selalu nampak apabila saya melawati sesebuah kenduri perkahwinan adalah pakaian baju pengantin yang jarang dan ketat walaupun memakai tudung. Sebagaimana dalam hadis rasulullah:
“Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah S.W.T akan memberi pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti”.(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa’i dan ibnu majah)
Wahai sahabat-sahabat sekalian, jauhi lah diri anda daripada perkara yang menyebabkan anda jauh dari keberkatan Allah. Malah ia akan membawa anda kelembah kehinaan. Betapa pentingnya pembentukan keluarga yang islami iaitu keluarga yang mengamalkan dan memperjuangkan islam(Baitul Muslim).
****************************************************
Lot of Love
Fia Aznam Roses
No comments:
Post a Comment