Tuesday, December 20, 2011

"Holiday mood activated".

Hi.. Assalammualaikum ":)


Selamat pagi semuanya..

Aku memang suka update belog pepagi, sebab banyak idea aku nak tulis.. Kalau petang-petang nanti aku dah lupa apa yang aku nak update.. Biasalah aku kan pelupa..

Okay aku sebenarnya nak bagitahu, yang sekarang mood nak kerja memang 0%.. Hujung-hujung tahun macam neh, memang tade langsung mood nak kerja.. Haishh!
Aku tak sabar nak tunggu minggu depan.. Start minggu depan aku dah start cuti.. Yeehuuu "__"

Tapi taleh lah nak happy sangat kan.. Sebabnyaaa, aku tengah ada masalah neh! Biasalah kan, hujung-hujung tahun neh, lagi-lagi nak pergi bercuti.. Apa lagi kalau bukan masalah kewangan.. Ye dak.! Tak suka, tak suka, tak suka.. Hurmmm :(

Okay untuk menjadikan plan aku nak pergi bercuti hujung tahun neh, aku kena lah saving keras! Demmit..
Kenapa lah office aku neh bagi bonus lambat sangat.. Kenapa bukan hujung tahun???

So, untuk memastikan aku tak terlebih bajet untuk bulan neh, aku dah pon ade 'kira-kira' untuk diri sendiri.. Hehe :) Ini dah terlebih kira dah neh..

Let's checkedaut.~~


1) Wajib simpan duit atleast sikit.. 


Memang yang 'wajib' neh lah susah aku nak disiplin kan diri aku untuk simpan duit setiap bulan.. Sebab aku memang boros nak mati! So, untuk aku nak disiplin kan diri aku, aku dah nekad! NEKAD okay, untuk simpan setiap bulan.. Tak kira lah simpan berapa banyak pon, atleast aku simpan sikit.. Heee :D
Hurmmm.. RM200.00 or RM300.00 sebulan okay..! NEKAD..

2) Buat senarai perbelanjaan untuk diri sendiri..


Untuk aku tak terlebih belanja or ter'over' bajet, lepas neh aku kena ade senarai apa yang aku nak beli or apa yang aku perlukan.. Hurmm.. Rasanya apa yang aku nak BELI memang BANYAK!! So, untuk mengurangkan perbelanjaan, lepas neh aku akan beli apa yang aku PERLUKAN.. 


3) Sorokkan kad kredit.. 


Kalau korang nak tahu, aku salah seorang pemegang kad kredit, so korang paham-paham jela kalau orang yang ade kad kredit neh macam mane, tak sah babe, kalau tak guna.. So lepas neh aku nak sorokkan kad kredit aku, kalau tak sorok pon aku nak bagi ayah aku or boyfie aku pegangkan.. Untuk mengelakkan aku dari shopping sakan..Hehuu --

4) Limitkan Perbelanjaan dan Tahan Nafsu..

Haa, aku rasa yang neh sama macam NO. 2 tuh kan? Hehe.. Disebabkan aku yang giler kasut and handbag, lepas neh aku kena kurang-kurangkan tabiat nak beli benda-benda tuh.. Sebab aku rasa benda tuh tak penting pon..! Ohh.. sob,sob,sob :'(
Kalau boleh kat office pon lunch time tayah makan.. Membazir.. Kalau makan dah RM10.00 sehari, so untuk mengelakkan pembaziran, simpan RM10.00 tuh, balik makan kat rumah je.. Lagi SEDAP dan JIMAT kan.. Heeeee :D *Gila saving keras tuh*..

5) Bergaul dengan orang yang pandai menyimpan.. 


Haa, yang neh salah satu sebab kenapa aku suka sangat shopping..
So, lepas neh aku nak bergaul dengan orang yang pandai menguruskan duit.. Maybe?? Kawan dengan orang audit kot.. Ahak,ahak,ahak..~~


Sebelum aku nak pergi bercuti neh, aku kena settle kan hutang-hutang dulu.. Mana nak bayar kredit kad, duit kereta, duit keperluan dan berkenaan dengan nya.. 

Ohh Sedihnyaaaaaa.. Neh yang nak bercuti pon mood kureng je rasa.. Sob.sob.sob..~~


Lots of Love
Fia Aznam Roses

No comments: