Powered By Blogger

Wednesday, April 22, 2015

"Firash Arryan di Port Dickson"


Hi Assalammualaikum :) 


Alhamdullilah kami anak beranak sihat walafiat.. Sorry setelah sekian lama menyepi sekarang baru ada masa nak update blog.. 

Sebenarnya dah lama ajak husbang pergi bercuti untuk tahun ni.. Erkkk?? Okay tipu.. Selalu nauu pergi cuti sebenarnya.. Tapi aku teringin nak pergi mandi laut.. Haha.. Tatau kenapa aku suka sangat mandi laut and pool.. So aku memang dah lama ajak dia cuma belum ada masa je.. Ikotkan plan nak pergi Penang.. Tapi katanya jauh and aku kerap jugak pergi Penang tuh.. Huhu..

So last week baru dia bawak aku pergi cuti ke Port Dickson, Hmmm Port Dickson je..Okay lah.. Janji pergi cuti and dapat lah me'releasekn tension' aku ni.. Hukkks.. Tensionlah sangat.. Haha.. 
So untuk short vacay ni.. Aku pergi dengan family aku.. Senanglah pergi dengan family.. Save budget.. Haha.. Semua disponsor.. Hikss :) 

Time ni Firash baru je check in hotel.. So apa-apa pon kena la selfie dulukan.. 
Ikot perangai mama sangat ni.. Suka bergambo.. Huhu :) 

Bonding time father and son.. Mama is jealous now.. 
Sejak-sejak ada anak ni, macam gini la dia.. Sobs :( 
Okay gurau je.. 

Tadi dengan papa, now dengan mama.. Hmmm if dengan mama muka nak sleepy je.. 
Okay Firash.. Mama is fine :( 

Mandi kolam dengan mama.. Seronoknya mama.. Air dia pon tak sejuk sangat.. 

Hmmm mama, dah mandi ni kita lapar and mengantuk pulak.. Hmmm.. 

Anak aku, Firash Arryan belum pernah lagi mandi laut.. So kali ni aku nak ajar dia mandi laut.. Sebab aku tengok ada budak takut mandi laut.. Huhu.. Asyik mandi pool je.. Jomm kita mandi laut.. Mama is excited okay.. 

Look mama, kita rilex jela mandi laut ni.. 
Tak nangis pon.. Huhu.. Okay mama is happy awak tak takut mandi laut sayang :) 

Bagi chance mama and papa pulak bergambo.. Hehe.. 
Fatin pregnant lagi ke? Oppsiee :P 

Okay our family photo in the beach.. 
Aloohhh Firash tanak pandang camera pulakk.. 

Okay sudah-sudah berendam tuh.. Hari nak senja dah.. Perut pon dah krikkk krukk ni.. Jom cari makan.. Huhu.. 

Seharian di Port Dickson.. Rasa cepat sangat masa berjalan.. Esok nak balik dah.. Hehe.. Ada rezeki kita cuti lagi okay.. InshaAllah :) 

Pulang marilah pulang.. Pulang beramai-ramai :)
Kesian Firash.. Dibuli Pak Ngah dia.. Diam plak tuh pakai macam ni.. Hehe.. 

Okay sekian.. As'salam..

Till then,
Love, 
Fia Aznam Roses

Monday, February 09, 2015

"1st Solid Food Muhammad Firash Arryan - Avocado & Carrot/Sweet Potato Puree"


Hi Assalammualaikum, 


Sebenarnya Muhammad Firash Arryan dah masuk 8 bulan pon.. Tapi aku baru nak update.. Maaf'in gue dong.. Hihi.. Setiap kali nak update blog ada je yang menggangu.. Eceh.. Tipu je.. Padahal malassss gitewwww.. Huhu :) 

Time ni temam mama cari makanan untuk di masak.. 
Untuk sape lagi, untuk saya lah.. Hehe.. :) 

Actually aku bagi anak aku makan solid food awal 4 hari.. Hewhewhew.. Sebab patutnya dia kena makan solid food hari Khamis, yela waktu tuh time bekerja kan.. Aku nak tengok sendiri anak aku makan solid food fo the pestime.. Haha.. Tuh yang aku bagi awal sikit.. Eksaited hokehh.. Nak tengok anak sendiri makan.. Lagi-lagi yang kita masak..

Untuk first solid food, aku bagi dia Avocado Puree.. Sebabnya aku baca banyak review mengatakan makanan yang seeloknya untuk baby untuk first time dia nak makan adalah buah Avocado.. 3 days rules okay.. Hihi.. 

Nampak tak muka tak sabarnya tuh? Hihi.. 
Sedap Avocado Puree yela harga pon sodappp.. Sebiji je bape hinggit plakkan.. 
Huhu :)

Menurut pakar, buah-buahan seperti avokado, pisang dan ubi keledek merupakan antara pilihan yang terbaik sebagai makanan pertama bayi di antara 4 hingga 6 bulan. Menurut Annabel Karmel, penulis buku terlaris di UK tentang pemakanan kanak-kanak, avokado merupakan makanan yang paling sesuai sebagai makanan pertama semasa proses penceraian susu. Avokado kaya dengan lemak mono-tidak tepu, sejenis lemak yang ‘baik’ dapat menurunkan risiko sakit jantung. Buah ini mempunyai kadar kalori yang tinggi berbanding buah lain, menepati keperluan bayi yang sedang membesar. Ia juga kaya dengan vitamin E yang boleh bertindak sebagai antioksidan mencegah kanser serta meningkatkan daya sistem imun badan. Tambahan pula, avokado sangat mudah untuk dicerna oleh bayi.

Okay lepas Avocado puree, aku try bagi dia Carrot Puree and Sweet Potato Puree, haa puree ni yang paling dia suka.. Haha.. Sebab manis-manis kan.. Hmmm.. 

Potong kecil-kecil carrot and sweet potato 
Lepas tuh steamkan.. 

Okay dah siap steam.. Tengok dia kekuningan dan dah lembut, sejukkan kejap.. 
Takkan nak blender terus? Kang terbako plak blender tuh.. Dala pakai blender murah je.. Haha.. 

Lepas dah sejukkan.. Baru boleh blend.. Letak air sikit je.. Huhu
*p/s: Aku guna blender biasa je.. Shake n Take je.. Murah.. Beli kat Lazada..* 
Tak perlulah guna blender memahal.. Tak guna sangat pon.. :P

Okay dah siap blender.. Heee.. 
Dapdap..

Okay lepas tuh bolehlah simpankan dekat Freezer tray.. 
*Untuk freezer tray ni aku beli dekat Daiso je* Tak dan nak cari tray yang color-color.. 

Okay dah siap.. 

Memandangkan sekarang Firash Arryan dah masuk 8 bulan, aku dah bagi dia Bubur nasi.. Hehe.. Itu nantilah aku update.. Hehe... Busy pulakkk.. Dussshhh.. 

Okay nah belanja satu gambar latest mama and Muhammad Firash Arryan.. 

Firash semakin bulat.. Alhamdullilah.. 
Mamanya pon semakin bulat.. Sobs :( 


Till then, 
Fia Aznam Roses

Friday, January 02, 2015

"Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Muhammad Firash Arryan"


Hi Assalammualaikum :) 

Sebelum terlambat, Happy New Year 2015 all :) 

Alhamdullilah.. Semoga tahun-tahun mendatang dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan dan permudahkan segala urusan.. Amin Ya Rabb.. 

Dah masuk tahun baru, time ni lah nak update.. Hehe.. Gara-gara kemalasan nak bukak blog ni even rindu nak main nak tulis nak stalk blog.. Hihi  

Walaupun majlis aqiqah dan cukur jambul anak aku bulan November harituh. lah ni baru ada masa nak update.. Majlis ni dibuat time Firash Arryan berumur 5 bulan lebih.. Hehe.. 

Seperti yang korang semua tahu Majlis ni dibuat time Birthday suami aku, 15 November 2014. Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.. So aku malas nak type pepanjang.. Belanja gambar jela ok.. 

Mini Pelamin :

Mini pelamin ni aku buat sendiri dengan jiran aku, ibu aku.. DIY okay.. Puas hati and lagi pon nak cut cost.. Alhamdullilah buat sendiri lagi puas hati even simple je.. Ohh btw, theme untuk majlis ni adalah - PURPLE/CREAM.. Aku tak sewa Buaian Berendoi tuh, sebab anak aku dah besarkan time ni.. Takut dia tanak duduk dalam tuh ke then takut tak muat ke kan.. Hihi.. 

-Mini Pelamin Muhammad Firash Arryan -
Dah macam nak tunang pulak tengoknya.. Hehe..

Pengantin of the Day :

Kalau dah ada pelaminnya mestilah ada pengantinya kan.. Hehe.. 
So inilah pengantin of the day.. 






Marhaban :

Untuk Marhaban ni aku guna team Marhaban mak mertua aku.. Bacaan pun sedap.. Aku suka.. 
Cuma time Marhaban ni Firash mula-mula okay je.. Bila nak habis tuh dia macam meragam sikit.. Maybe sebab penat dan panas kot.. Lama jugak Marhaban ni lebih kurang sejam lebih.. 

Acara dah start.. 
Kalau Majlis Aqiqah tak sah kan tade group Marhaban..



Okay Jom kita gunting rambut Firash.. Hihi.. 








Alolorrr.. Penat dah ye.. Kesian anak mama.. 


Menu of the day :

Alhamdullilah rezeki Firash murah time majlis ni.. Sebabnya ramai orang sedekah makanan.. Terima Kasih semua.. Tanpa anda majlis ni mesti tak berjalan lancar.. Untuk majlis ni aku tak amek catering seperti aku cakap kan masa checklist.. Hihi.. Lagi pon jemputan 200 orang je.. Catering pon dah mahal sekarang RM12.00 satu kepala.. Baik masak sendiri.. Sedap pon sedap.. Huhu..

Main Menu : 
*Terliur plak aku nengoknyaaaa :P

-Masak Lemak Labu-

-Asam Pedas-

-Ikan Keli Berlada-

-Ayam Goreng- 

Side dish/Dessert : 

-Donut- 
*Jiran sedekah.. Rezeki anak mama*

-Tembikai/Agar-Agar-
*Agar-agar ibu buat.. Terima Kasih Ibu* 
Lavv ya :)

-Kuih Sampan and Kuih apa tuh ek? Tatau lak.. Haha
*Jiran sedekah juga.. Terima Kasih* 

-Karipap- 
*Mak mertua sedekah.. Terima Kasih mak.. Sayang mak* 

-Kuih Kuaci- 
*Mak cik dari kampung bawak.. Terima Kasih makcikku.. Lavv ya*
Terharu  :)

-Macaroni Cheese- 
*Kakak ipar sedekah.. Terima Kasih kakak iparku* 

Aqiqah Kambing :

Da cakap pun buat Majlis Aqiqah.. So untuk Majlis ni aku Aqiqah seekor kambing.. 
Tapi aku buat kambing golek.. Kambing golek ni lah paling cepat habis.. 
Ada satay jugak.. Terima kasih adik sebab sponsor satay.. Hehe :)




Untuk makanan aku syukur sangat sebab banyak makanan yang orang sponsor.. Alhamdullilah.. Terima kasih semua.. 

Candy Buffet :

Okay untuk candy buffet ni aku buat sekadar suka-suka.. Hehe.. More untuk tengok budak-budak happy amek gula-gula.. Memandagkan aku buat majlis ni date birhday aku and suami aku.. so kenalah ada kek.. Hehe.. Untuk kek kakak ipar aku sponsor jugak.. :P 
Rezeki.. Alhamdullilah..









Tetamu :

Tanpa tetamu yang hadir tak berjalan juga majlis ni kan.. Ya dokk? Hehe.. Terima kasih kepada anda-anda semua yang telah hadir ke 
"Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Muhammad Firash Arryan" 
Terima kasih kepada ibu ayah adik jiran semua yang telah banyak membantu dalam majlis ni.. 





Rasanya sampai sini jela yang aku dapat share dengan korang semua.. InshaAllah nanti aku update entry baru ye.. Itu pon ikot kerajinan jugak.. Hiks :) 

Okay till then.. 

Love, 
Fia Aznam Roses