Friday, January 02, 2015

"Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Muhammad Firash Arryan"


Hi Assalammualaikum :) 

Sebelum terlambat, Happy New Year 2015 all :) 

Alhamdullilah.. Semoga tahun-tahun mendatang dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan dan permudahkan segala urusan.. Amin Ya Rabb.. 

Dah masuk tahun baru, time ni lah nak update.. Hehe.. Gara-gara kemalasan nak bukak blog ni even rindu nak main nak tulis nak stalk blog.. Hihi  

Walaupun majlis aqiqah dan cukur jambul anak aku bulan November harituh. lah ni baru ada masa nak update.. Majlis ni dibuat time Firash Arryan berumur 5 bulan lebih.. Hehe.. 

Seperti yang korang semua tahu Majlis ni dibuat time Birthday suami aku, 15 November 2014. Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.. So aku malas nak type pepanjang.. Belanja gambar jela ok.. 

Mini Pelamin :

Mini pelamin ni aku buat sendiri dengan jiran aku, ibu aku.. DIY okay.. Puas hati and lagi pon nak cut cost.. Alhamdullilah buat sendiri lagi puas hati even simple je.. Ohh btw, theme untuk majlis ni adalah - PURPLE/CREAM.. Aku tak sewa Buaian Berendoi tuh, sebab anak aku dah besarkan time ni.. Takut dia tanak duduk dalam tuh ke then takut tak muat ke kan.. Hihi.. 

-Mini Pelamin Muhammad Firash Arryan -
Dah macam nak tunang pulak tengoknya.. Hehe..

Pengantin of the Day :

Kalau dah ada pelaminnya mestilah ada pengantinya kan.. Hehe.. 
So inilah pengantin of the day.. 






Marhaban :

Untuk Marhaban ni aku guna team Marhaban mak mertua aku.. Bacaan pun sedap.. Aku suka.. 
Cuma time Marhaban ni Firash mula-mula okay je.. Bila nak habis tuh dia macam meragam sikit.. Maybe sebab penat dan panas kot.. Lama jugak Marhaban ni lebih kurang sejam lebih.. 

Acara dah start.. 
Kalau Majlis Aqiqah tak sah kan tade group Marhaban..



Okay Jom kita gunting rambut Firash.. Hihi.. 








Alolorrr.. Penat dah ye.. Kesian anak mama.. 


Menu of the day :

Alhamdullilah rezeki Firash murah time majlis ni.. Sebabnya ramai orang sedekah makanan.. Terima Kasih semua.. Tanpa anda majlis ni mesti tak berjalan lancar.. Untuk majlis ni aku tak amek catering seperti aku cakap kan masa checklist.. Hihi.. Lagi pon jemputan 200 orang je.. Catering pon dah mahal sekarang RM12.00 satu kepala.. Baik masak sendiri.. Sedap pon sedap.. Huhu..

Main Menu : 
*Terliur plak aku nengoknyaaaa :P

-Masak Lemak Labu-

-Asam Pedas-

-Ikan Keli Berlada-

-Ayam Goreng- 

Side dish/Dessert : 

-Donut- 
*Jiran sedekah.. Rezeki anak mama*

-Tembikai/Agar-Agar-
*Agar-agar ibu buat.. Terima Kasih Ibu* 
Lavv ya :)

-Kuih Sampan and Kuih apa tuh ek? Tatau lak.. Haha
*Jiran sedekah juga.. Terima Kasih* 

-Karipap- 
*Mak mertua sedekah.. Terima Kasih mak.. Sayang mak* 

-Kuih Kuaci- 
*Mak cik dari kampung bawak.. Terima Kasih makcikku.. Lavv ya*
Terharu  :)

-Macaroni Cheese- 
*Kakak ipar sedekah.. Terima Kasih kakak iparku* 

Aqiqah Kambing :

Da cakap pun buat Majlis Aqiqah.. So untuk Majlis ni aku Aqiqah seekor kambing.. 
Tapi aku buat kambing golek.. Kambing golek ni lah paling cepat habis.. 
Ada satay jugak.. Terima kasih adik sebab sponsor satay.. Hehe :)




Untuk makanan aku syukur sangat sebab banyak makanan yang orang sponsor.. Alhamdullilah.. Terima kasih semua.. 

Candy Buffet :

Okay untuk candy buffet ni aku buat sekadar suka-suka.. Hehe.. More untuk tengok budak-budak happy amek gula-gula.. Memandagkan aku buat majlis ni date birhday aku and suami aku.. so kenalah ada kek.. Hehe.. Untuk kek kakak ipar aku sponsor jugak.. :P 
Rezeki.. Alhamdullilah..









Tetamu :

Tanpa tetamu yang hadir tak berjalan juga majlis ni kan.. Ya dokk? Hehe.. Terima kasih kepada anda-anda semua yang telah hadir ke 
"Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Muhammad Firash Arryan" 
Terima kasih kepada ibu ayah adik jiran semua yang telah banyak membantu dalam majlis ni.. 





Rasanya sampai sini jela yang aku dapat share dengan korang semua.. InshaAllah nanti aku update entry baru ye.. Itu pon ikot kerajinan jugak.. Hiks :) 

Okay till then.. 

Love, 
Fia Aznam Roses

No comments: