Powered By Blogger

Monday, June 13, 2011

"KL Gangster".

Hye, Assalammualaikum :)





Hai. Enti kedua pagi neh. Hehe. Kali neh saya nak cakap pasal movie baru arahan SI KACAK, Auwww. Sape lagi kalau bukan anak Datuk Yusof Haslam. Heee :) Kenal ke? Sape anak dia yang kacak tuh? Ohh-ohh. Pasti ramai yang kenal. Yela. Anak Datuk kan. Jutawan lagi. Hehe. Handsome pulak tuh.... SUKA SANGAT. Ohh, gediks kau Fatin. Hehe. Okay-okay lah, siapa lagi kan kalau bukan si Shamsul Yusof. -,-


I sure mesti ramai yang dah tengok film arahan si Shamsul neh kan, yela I dengar baru sehari ditayangkan dah cecah juta-juta ohh. Haha :) And jujurnyaa I pon dah tengok film neh. Heee. Memang sangat best. Full of actions. Banyak jugak film-film yang dihasilkan oleh si kacak Shamsul neh. Tapi for me, cerita neh menarik. Sebab tade heroin. Haha. Yela, selalu film je mesti kena ada heroin kan. Tapi kali neh, film neh tade heroin. Tuh yang best. Hehe. 


Cakap pasal film neh, ramai awek-awek kat luar sana mesti tergoda dengan si Malik, lakonan Aaron Aziz kan. Hehe. Jujurnyaa termasuk lah I. Auwwww.~~ 
Kacaknyaaa mu neh. Hehe.  Suka sangat.  Walaupun gangster still nampak kacak okay. Hehe ":) And, I rasa Shamsul pon JAMBU je dalam film neh. HUHU :)
Film neh, bagi I watak Abg Long Fadil or Fadil, lakonan Zizan best sangat. KELAKAR. Lakonan yang slumber. Good jobs Zizan. ILOVEYOU lah. Hoho -,-


Sinopsis ;-


*Spolier Alert!* Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.


**************************





Pelakon-pelakon film neh :


Aaron Aziz, Zizan, Syamsul Yusof, Adi Putra, Sofi Jikan, Sheera Iskandar, Corrie Lee dan ramai lagi lah. Hehehe.


Kalau sesiapa yang tak tengok film neh rugi lah. Best dari semua film action yang pernah ada kat Malaysia neh. Huhu ":) Congrats Shamsul.


Okay, sampai sini jela bebelan saya untuk entri kedua pada pagi neh. Hehe. Selamat membaca.


p/s : Ingat tade ke gangster handsome? Hoho. -,- Ada tau. Huhuh :)


Lots of Love,
Fia Aznam Roses

2 comments:

Lizzie Chuckguire said...

lom tgkkkk..wajib g tgk ni, nk tgk adi putra xpakai baju smbil tayang badan tough die.hahahah

Fia Aznam said...

Haha. cepat tgk. Aaron Aziz gangster pon kacak tau. hahaha.