Powered By Blogger

Wednesday, June 08, 2011

"Penangan Nora Elena".

Hye. Assalammualaikum :)


Hallo, Selamat Petang semua. Heee :)
Saya kat office neh, kesunyian lah. Meh ler teman saya. Heheh :) GEDIKS. Boring tau. Alaaa, nak buat macam mane kan. Dah nama pon kerja. Hurmmm. So, sabar jela. Kan. Lagi pulak sekarang tengah hujan dekat luar sana tuh. HAIHH.!! Sejuknyaaa saya.
Nak peluk ketat-ketat boleh tak? Hahah -,- BLUEKS.


Okay lah, tuh bukan cerita sebenar yang saya nak cerita kan. HOOOO. Ahhh, mesti korang semua dah baca title kat atas tuh kan? Ahh, kalau dah bagus. Hehee :) Okay lah. Sekarang semua orang pon tau pasal One drama yang tengah main kat TV3 tuh, apa cerita die? Haaa. -NORA ELENA-
Korang tengok ke cerita tuh? Haaa. Jangan kan kata perempuan, mak orang, makcik-makcik je yang tengok cerita tuh. Haha :) Bapak-bapak pon tengok tau. And I percaya. Lelaki-lelaki kat luar sana pon mesti ade yang tengok drama neh. Haaaa, baik ngaku cepat. Huhu -,-
Ala, kalau tengok pon apa salahnya, support lah drama melayu okay.


Apa yang I dengar sekarang neh, drama Nora Elena neh best. And, kat Facebook and Twitter I pon ramai orang bercakap pasal drama neh. Kan. Kalau korang nak tau lah, and I sure mesti ramai yang dah tau yang drama neh sebenarnya diadaptasi dari novel "Kasih yang Suci".!! Novel dia memang BEST okay. BEST sesangat. Hehe. Saya ada 1 novel dia.


Jujurlah, saya belum pernah tengok drama dia lagi, sebab tak sempat lah nak tengok. Hurmm. Yelaa, balik kerja je da pukul 6 petang, after balik kerja nak pergi gym lagi. So, macam mane nak tengoknya kan. Ohhh. Sedihnyaaaa :(
Huhuh =,=
Okay. Tape jangan risau. Nanti saya akan download drama tuh. Heee ":)
Kalau baca novel pon dah best, drama apa lagi kan. Mesti lah sangat superb kan. Huhu. Mesti kalah drama-drama Indonesia yang ditayangkan kat Malaysia neh kan. Haha -,-


Okay lah cakap pasal drama Nora Elena neh, mesti ramai yang tau kan pelakon-pelakon dia. Haa, kalau yang tatau meh I bagi tau, pelakon pelakon dia adalah ;-

Aaron Aziz - Seth Tan (HERO)
Siti Saleha - Nora Elena (HEROIN)
Wan Sharmila - Yvonne
Zul - Eid
Erry Putra - Amir








Sini, I nak cerita sikit pasal drama Nora Elena neh.


-Sinopsis-


Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.


Drama arahan Jet Li itu berkisar tentang kehidupan seorang perempuan bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang sentiasa dibayangi detik hitam dia dinodai seorang lelaki yang bernafsukan binatang.

Selepas 10 tahun berlalu, Nora akhirnya berjaya menyingkirkan memori pahit itu setelah bertemu cinta hatinya, Idham (Zul Ariffin).

Rancangan membina rumah tangga bersama Idham dilanda badai apabila Nora mula rapat dengan majikan Idham, Seth Tan (Aaron Aziz).

Cemburu mula menguasai Idham lantaran salah faham yang timbul dan sekali gus membuat keputusan membatalkan perkahwinannya bersama Nora.

Tindakan drastik Idham membuatkan Nora benar-benar terpukul dengan keadaan yang dialami dan secara tidak langsung mengundang kembali kisah silam yang telah lama dibuang jauh.

Dugaan demi dugaan menimpa Nora serta pelbagai cemuhan terpaksa ditelan walaupun cintanya terhadap Idham sememangnya tulus dan ikhlas.

Di kala itu, Seth menghulurkan tangan dan menawarkan diri sebagai pengganti Idham dalam hidup Nora. Seth bersedia menghilangkan penderitaan Nora dengan mengahwini Nora.

Sejauh mana kejujuran Seth dan terleraikah persoalan siapakah yang menodai Nora satu ketika dulu? Semuanya bakal terjawab dalam drama meruntun jiwa ini.
 
*********************
 
 
Haa, baca sinopsis pon best. Haha. Kalau korang yang tak sabar nak tunggu drama neh. Ohh, I mean malas nak tunggu yela, dia kan episod-episod. So, sesapa yang malas nak menunggu, beli jela novel senang cerita. Huhu "___"
Macam I dah ada novel dia. Huhu. So, kalau tak tengok pon tak apa. Heee. Tapi I nak download cerita tuh. Heheh -,-
 
 
Okay lah, sampai sini jela yang I boleh bebelkan. Heheh. Nanti kang takot kalau bebel panjang-panjang korang ngantok pulak. Huhu -,-
Mmuahxx. xoxo :)
 
 
p/s : Ohhh, kalau boleh lah, saya nak suami macam Seth Tan :) Huhuhu -,- Maluuuuuuuuu~~~
 
 
Salammmm ":)
 
 
Lots of Love,
Fia Aznam Roses

No comments: