Powered By Blogger

Friday, January 14, 2011

"Mata kiri ku berkelip-kelip".!

Hye, Assalammualaikum

Kenapa la hari neh, mata kiri i asek nak berkelip-kelip, berkedip-kedip, kenapa ehh? Ermmm.!! Ada apa-apa petanda ke? Aduhh, i pun tatau la. Rasa tension and lain jea. Sebab mata neh asek nak kelip-kelip. KENAPA, WHY? Hurmmm...

Ohhh Goshh, Help me..!!!

Adakah ini 1 petanda yang baik atau tak baik,ermmmm. atau adakah ke i akan menangis???
Itu tatau la pulak. Apa pun banyak-banyak la berdoa supaya tiada apa yang akan berlaku. Tapi dalam hati tetap risau. Tapi i dengar lah kan, orang cakap kalau mata kanan bergerak-gerak maksudnya Nak jumpa orang jauh and mata kiri pulak nak menangis?? Betul ke? Ermmmm.!!
Itu i tak pasti la pulak. Pe pun tunggu and lihat jela, apa yang akan terjadi. Doa-doa la benda yang baik yea. AMINN :)

Kat sini i ada sikit info yang i nak share dengan you'll. :)

***************************************************

Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Lantas, mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali.

Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata. Memandangkan mata merupakan antara anggota tubuh yang penting, orang Melayu mempunyai banyak firasat tentang pergerakkan pada keliling mata serta penglihatan mata yang berkunang-kunang.

Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Hanya yang pasti orang-orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalaman mereka.

Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.

Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.

Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.

Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.

Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.

Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.

Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN

Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;

6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.

8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.

10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.

12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.

4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.

6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.

8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.

10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil

2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.


MATA KIRI

Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;


6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.

12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.

2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.

4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.

8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.

10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.

12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.

2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.

4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat  firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.

Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Bibir bawah bergerak – akan menangis.

Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.

Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.

Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.

Tangan Kiri gatal – nak buang duit.

Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih
mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…

Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita semata-mata.


Itu la sedikit info yang i boleh share dengan you'll, nak percaya atau tak terpulang la. Ermmmm. Pe pon harap benda yang baik-baik jela. k.


Yang ikhlas lagi inginkan kepastian
Fia Aznam Roses

Thursday, January 13, 2011

Filem "Khurafat-Perjanjian Syaitan".!

Hye. Selamat Pagi dan Assalammualaikum. ":)

Entry kali ini? Cuba teka? Hhaha.!! Tade la gurau je. Well, i kan suka bergurau. Mesra alam gitu. Huhuh ":) Bukan apa, entry kali ini i nak bagi tau bout MOVIE okay, ala cerita baru arahan Shamsul Yusof yang hemsem tuh, anak Yusof Haslam. Heeee :) Suka tengok die. Kacak jea. Awww!! Gatal sungguh mu neh Fatin. Ahakss.

OK, daaa jangan nak gatal sangat, berbalik kepada title di atas, I ingat nak pergi la tengok cerita tuh kan, cerita tuh akan ditayangkan pada hari neh la, 13/01/2011, tengok die punya making macam syok-syok, serammm jea. Itu adalah first filem seram arahan Shamsul kan? So, nak ler tengok. Citer seram die. Sebab sebelum-sebelum neh kan die suka buat filem ala-ala romantik, lasak. Contohnya, Bohsia la, KL Drift la. Huhuhu ":)

Filem Khurafat neh, dibintangi oleh Pengarahnya sendiri, Huhuh. Sapa lagi kalau bukan Shamsul Yusof loll, Die HERO dalam citer neh. Selain die, Liyana Jasmay, Sabrina Ali dan ramai lagi la. Hahhaa. *I belum tengok lagi, sooo i tatau la sapa lagi pelakon-pelakon lain*.!! Heeee......

Plot cerita,

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ... ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini... Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?



Cuba tengok official trailer neh, macam seram jea kan. Ermmm. Macam tak sabar jea nak tengok mesti best. Mana tau la kan citer neh boleh buat Shamsul menang lagi untuk Pengarah terbaik kan. Huhuhuh :)

Jum la ramai-ramai sokong cerita melayu. Martabatkan la cerita-cerita kita. Jangan nak bangga sangat dengan cerita-cerita luar. OK. Hahaha *macam good-good jea kan*.

Bahasa jiwa Bangsa ":)

Yang tak sabar-sabar
Fia Aznam Roses

Wednesday, January 12, 2011

"Ragam Manusia - Mengumpat" .!

Hye, Assalammualaikum.

Mode : Tak berapa nak OKAY.

Bukan apa, tak paham betul la dengan makhluk Allah S.W.T yang sorang neh, ada je benda die nak bercerita. Apa lagi yang die tak puas hati agaknya? "Wehh, KAU pe lagi yang kau tak puas hati? Cer citer, cer citer, tampar nak"? Sia-sia je hidup kang. WTF.

Kalau rasa tak puas hati ke, jealous sangat ke dengan aku yang HOT lagi GORGEOUS neh, cakap jela terus terang. Meh datang umah aku, jumpa aku face to face. Neh tak, cerita-cerita kat orang kau dapat ape? DOSA je wehh. Buat berat bahu kiri kau je. Cuba kau ringan-ringan kan sikit. Kalau kau sembahyang 5 waktu sekalipun tapi suka MENGUMPAT, CERITA HAL ORANG. Tak guna kau sembahyangkan? Dapat apa? Itu aku tatau la, itu urusan kau dengan Yang Maha Mengetahui, Allah S.W.T.


Hadis;-

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:
Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.

Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.

Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : ” Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu “.

Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.
Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.

Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.

JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :

Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:

(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.

(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

—————————–

Satu Lahi Hadis dan kupasan..

Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:

1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.

2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.

3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.

4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.

5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.

6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.


Disediakan oleh:
Ust Muhamad Farhan bin Ismail
Jabatan Feqh Wa Usul
Universiti Mu’tah
Jordan.

Kepada sesiapa yang suka mengumpat, sila la ubah perangai anda atau cermin diri anda dulu sebelum mengkritik atau bahasa kasarnya, MENGUMPAT atau mengata orang lain, sebab apa yang kau buat neh tak mendatangkan apa-apa faedah pada aku ataupun diri kau kan? SO, tak guna kau bercakap pasal orang lain. Sebab aku takut nanti benda-benda yang kau cakap tuh, makan kat diri kau balik. Kau paham-paham kan la ye.


Renung-renungkan dan selamat beramal ":)


KAU NAMPAK NEH? NAK KENA KE?


WATCH YOUR MOUTH. DOUBLE LOSER :)

Yang HOT lagi ketegangan
Fia Aznam Roses

Tuesday, January 11, 2011

"Tips Memahami Lelaki".!

Hye, Salam :)

Entry kali ini berlainan sikit, yela bukan apa, saja nak share dengan you'll about macam mane nak memahami lelaki neh. Lagi-lagi, sekarang neh kan perempuan lagi ramai dari lelaki. SO, perempuan kena cari lelaki ke?? Ermmm. itu tak pasti la pulak. OK, I nak bagi tau TIPS UNTUK MEMAHAMI LELAKI.


Tips Memahami Lelaki;-

Suka membisu

Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.
Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

Lelaki tidak Kompleks

Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.
Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan paksa Lelaki 

Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

Pentingkan Kejujuran

Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.
Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

 Hidup lelaki lebih Mudah

Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.


OK ini adalah serba sedikit, tips-tips untuk memahami lelaki.

Untuk mengelakkan pergaduhan, sila la baca yea :) Huhuhu.!!!


p/s : Tips neh i search kat google.


Yang ikhlas lagi jujur
Fia Aznam Roses

Monday, January 10, 2011

"Picture".!!

Hye, Salam.

Hey, ingat lagi tak dengan entry semalam? Heee. If tak ingat sila baca and tengok balik ye. Huhuh :) Bukan apa, semalam i da janji kan nak upload picture yang i dengan Merry photoshoot tuh. Hhehehe :) Ala, pic biase-biase je.

Eeeeeeeeeeeee, malu i.

presenting

1

2

3

Smileeee








Tengok la pic ala-ala model yang tak PRO neh. HEHEHE.!!
Tapi tape la. Just for FUN..


Yang ikhlas lagi chumil
Fia Aznam Roses

Sunday, January 09, 2011

"Bukan Profesional"

Hye, Salam. ":)

Entry? Hheheh. Sebenarnya title diatas, i nak letak "Photographer yang Bukan Profesional",!! Tapi i tukar, sooo jadi la "BUKAN PROFESIONAL".! Huhuh. You'll mesti nak tau kan, kenapa i letak title macam tuh? Heee. nak tau ke tidak? nak ke tidak? Hhahhaa. Macam palat je kan. HUHUH.!!

Okay la, macam neh ceritanya. Aalllaaaa. maluuuuuuu.!!  *sambil tutup muka malu*.!!

Hhuu. Semalam, 08/01/2011, i dengan myBFF, Siti Mariam but i call her Merry, pergi la Tasik Perdana, actually, first plan we'll nak keluar lepak BB ke, pavi ke, tapi bile dipikir-pikirkan, macam BOSAN plak. Ermmm. Yela, KL kan. Tempat yang sama je. BOSAN NAK MATI KOT. Hhahaha ":) *Jahat gila*.!! Soooo, we'll decide la, bincang punya bincang, haha "tapi tade la bincang sangat kot".! HUhuh. Last-last we'll pergi la Tasik Perdana yang awesome, untuk snap-snap picture. Hahaha. Senang citer, photoshoot ala-ala model la. Hhahaha. 

Hahaha. Dala photograhernya bukan seorang yang pro kan. Sooo, pic pun ala-ala kadar je, wawakakak.!! Modelllnyaaa.. Heee, paham-paham jelaaa. Sape lagi kalau bukan i dengan Merry. Huhuh. Dengan perasannya we'll pose ala-ala model pro kot. Huhuh. Malu nak mati time kat sana, yela, dala ramai kott orang yang datang dengan photograher yang PRO. Tapi we'll ???? Hhahaa. Kelakar jeaaa. Eeeeee. Ouchh, maluuuuuuuuu.!! 

Mesti you'll nak tengok kan pic ala-ala model we'll?? Heee. Segan nya.!!


*Akan diupload esok* Promisee.!!


Yang ikhlas lagi keseganan
Fia Aznam Roses


Friday, January 07, 2011

"Not in the Mood".

Salam.

Ermmm. Firstly, i wanna say i am not in the mood, but still nak menulis jugak kat blog neh. HUH. Ntah apa-apa ntah je. Ermmm. Bukan apa, just nak share je dengan you'll. I rasa bengang gila sekarang neh, *bengang jela, tade la gila pun*.!! Ermmm. bukan apa, i BENCI gila dengan orang yang kerja tak pernah selesai. Senang citer, kerja wat setengah jalan jela. Lepas tuh tinggal je. Bersepah-sepah. WTH.!!!

Ingat ada orang nak kemas untuk dia agaknya.!! Aduhh, pikirla sikit. Umur makin lama, makin meningkat. Bukannya makin lama, makin muda, perangai tuh biar elok sikit. Dah buat-buat lepas tuh tinggal macam tuh je ke?? HUH. Menyampah sungguh dengan orang macam neh. Ingat orang diam-diam boleh buat sesuka hati la?? Ntah pape ntah je perangai la. 

Kerja, kerja la elok-elok. Jangan nak SELFISH. Bukan kau sorang je kerja kat sini. Kalau da amek barang orang or what, sila letak balik kat mane kau amek yeaa.!! HARAP MAKLUM.!!

I TAK SUKA DENGAN ORANG MACAM TUH.

PANTANG MAK NOKK..!!




Yang ikhlas lagi kemarahan
Fia Aznam Roses